Negara maju lebih bersalah Hutan_tropika

Media barat, pencinta alam sekitar dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan fakta sebenar tentang alam sekitar. Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Negara yang paling banyak NGO ialah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan. Ada beberapa perkara yang disembunyikan oleh mereka.

Negara Amerika Syarikat adalah negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990.

Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan panas dilepaskan ke atmosfera. Amerika Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6 % daripada keseluruhan gas perangkap panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon dioksida, 130 juta tan metrik methane dan 350 juta tan metrik kloroflurokarbon (CFC). Soviet Union menduduki tempat kedua , dikuti dengan Brazil, China , India dan Jepun

Secara perbandingan, Malaysia hanya mengeluarkan 26 juta tan metrik atau 0.4 % dari keseluruhan gas pemanas dunia.Tetapi Malaysia masih dipersalahkan.Sehinggakan Senator Al Gore dari Tennesse, Amerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan penebangan hutan di Sarawak kepada dua pertiga. Tidakkah desakan ini menunjukan kebodohan dan keangkuhan mereka.

Ketika negara maju melaungkan slogan 'Selamatkan Hutan Tropika' tetapi dalam pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari.

Negara maju berkehendakkan daging merah untuk membuat hamburger. Oleh itu penduduk negara sedang membangun menternak lembu untuk dijual kepada mereka. Untuk tujuan itu mereka menebang hutan tropika. Tanah dijadikan padang rumput kerana rumput adalah makanan lembu. Apabila hutan ditebang, orang asli yang tinggal dihutan kehilangan tempat tinggal.

Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED menyatakan cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan bumi.